(VIDEO) Wajah BCL Bagaikan Menanggung Segala Kesedihan, Kerinduan Terhadap Suami Sentuh Hati Netizen

Susulan daripada pemergian selebriti Tanah Air, Ashraf Sinclair beberapa momen dapat dilihat apabila anak tunggal arwah, Noah Sinclair meratapi pemergian ayah tercinta.

Wajah Bunga ketika itu bagaikan menanggung segala kesedihan dan kerinduan terhadap  suami yang pergi secara mengejut.

Lebih menyedihkan saat terpisah nyawa antara dua dunia yang berbeza. Satu perkongsian mendapat perhatian ramai apabila tangisan anaknya seperti ‘histeria’ mengiringi jenazah Allahyarham Ashraf Sinclair.

Dalam video ini menunjukkan wajah keibuan Bunga Citra Lestari terselah saat menenangkan anaknya itu. Siapa duga, seorang ayah yang menjadi ‘sahabat baik’ kepada anak ini pergi buat selamanya.

Dalam satu kenyataan daripada Kompas.com, Bunga Citra masih belum mampu untuk mengungkap kata-kata dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada wartawan yang menunggunya.

Allahyarham Ashraf Sinclair telah selamat dikebumikan kira-kira jam 4.47 petang waktu tempatan atau 5.47 petang waktu Malaysia di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair telah mengejutkan para peminatnya di seluruh dunia termasuk Malaysia dan Indonesia.

Sumber: TwitterKompas.com, SiakapKeli

14387