“Tiada Rekod Penyakit, Dia Paling Sihat Di Antara Kami”- Doddy

Ashraf Sinclair disahkan telah meninggal dunia pada awal pagi kelmarin. Berita tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya dari Indonesia dan juga Malaysia. Pelakon tersebut dikatakan meninggal dunia selepas mengalami masalah jantung.

Namun, menurut pengurus kepada Bunga Citra Lestari, Doddy, keluarga dan saudara mara tidak menyangka Ashraf mempunyai masalah jantung kerana arwah tidak mempunyai sebarang rekod penyakit.

“Tiada sejarah. Dia sangat sihat. Di antara kami semua, dia paling sihat,” kata Doddy.

Doddy yang juga ditemuramah di rumah pengebumian di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan itu mengatakan bahawa dia juga masih tidak dapat menerangkan keadaan semasa Bunga Citra Lestari yang sedang bersedih.

Walau bagaimanapun, Doddy juga memaklumkan bahawa tiada lagi keputusan bagi lokasi pengebumian pelakon itu. Perkara ini kerana ahli keluarga masih lagi membincangkan tentang perkara itu.

Terdapat juga ahli keluarga kandung Ashraf yang masih dalam perjalanan dari Malaysia ke Jakarta.

Sumber: Tribunnews

1292