
Pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada pagi Selasa memberi tamparan hebat kepada isterinya Bunga Citra Lestari.
Seperti dipetik Detik.Hot, Bunga turut menempah dua liang lahat secara bersebelahan di tanah perkuburan San Diego Hilss.

Perkara itu diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy yang mendedahkan pelakon wanita itu mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya selepas meninggal dunia.
“Benar, BCL mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia,” katanya.
Tambahnya, dua tempahan tersebut dibuat menerusi pengurusnya Doddy dengan harga Rp260 juta atau RM75,000.

“Beliau tak mahu single. Dia mahu berdampingan dengan suami. Pengurusnya yang menghubungi saya,” ujarnya.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kawasan yang eksklusif dikenali sebagai ‘semiprivat’ di tanah perkuburan tersebut.

“Kubur yang ditempah khudus untuk dua orang ini ada pembatas kiri dan kanan.
“Pihak BCL menghubungi kami pada pukul 7 pagi Selasa,” ujarnya.
Allahyarham meninggal dunia pada pagi Selasa akibat serangan jantung.
Ashraf meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Aiden Sinclair berusia 10 tahun.