“Anak Saya Di Mana..,” Ibu Menangis Cari Kelibat Arwah Ashraf, Bagai Tak Percaya Anak Sudah ‘Pergi’

Pemergian pelakon terkenal, Allahyarham Ashraf Sinclair ternyata mengejutkan ramai peminat di Malaysia dan negara jiran Indonesia.

Suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Cinta Lestari itu dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.51 pagi akibat serangan jantung.

Jenazah yang berada di Rumah Sakit MMC, Kuningan, telah dibawa pulang ke kediaman pasangan itu di Jalan Pejaten Barat IV, Pasar Minggu, Jakarta Selatan, bagi memberi penghormatan terakhir kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Ibu bapanya, Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman bersama keluarga yang tiba dari Kuala Lumpur, juga dilihat tidak dapat menahan sebak setelah tiba ke kediaman tersebut.

Menurut perkongsian media tempatan, tribunnews.com, ibu Ashraf yang menangis ketika berjalan masuk menuju ke rumah, sempat bertanya di manakah ‘kelibat’ anaknya itu.

Kedua orang tua Ashraf ketika tiba di rumah mayat di kawasan Pejaten Barat.

”Anak saya di mana.. anak saya di mana..?” kata ibu Ashraf.

Bapanya yang berada dalam keadaan sugul dan diam pula dilihat enggan memberikan sebarang keterangan mengenai pemergian Ashraf.

Jenazah akan dikebumikan di Taman Peringatan San Diego Hills, Jawa Barat, pada petang ini.

Bapa Ashraf Sinclair, Mohamad Anthony John Sinclair tiba di rumah mayat di kawasan Pejaten Barat.

Sumber : tribunnews.com / SiakapKeli

3741