Polis Sabah Terima 36 Kenderaan Baharu

Zaini (kiri) merasmikan menyerahkan kenderaan baru di Padang Kawad Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Polis Sabah hari ini menerima 36 kenderaan baharu yang keseluruhannya bernilai RM5.4 juta bagi meningkatkan operasi perkhidmatan di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, daripada jumlah itu, 21 kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux Double Cab 2.4 (AT), sembilan kenderaan jenis Mitsubishi Outlander 2.4 (AT) dan enam lori jenis Hino XZU720R.

“Semua kenderaan baharu itu adalah menggantikan aset lama termasuk kereta Perodua Kancil yang usang.

“Penempatan dan pengagihan semua kenderaan ini membabitkan beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sabah,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Zaini berkata, peruntukkan itu adalah agihan daripada Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11).

“Penempatan-penempatan kenderaan ini adalah berdasarkan kepada arahan Ketua Polis Negara,” katanya.

SumbeR: Harian Metro

504