Jangan Sombong, Rahman Dahlan Beritahu Timbalan Ketua Menteri Sabah

Anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan berkata, rakyat Sabah berhak tahu apakah yang berlaku di negeri itu.

KOTA KINABALU: Anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan membidas Christina Liew dengan meminta timbalan ketua menteri Sabah itu tidak sombong dalam jawapannya berhubung pemecatan setiausaha politik beliau.

Christina dalam responsnya terhadap gesaan Rahman supaya menjelaskan pemecatan ketua Pemuda PKR Sabah Raymond Ahuar, meminta beliau (Rahman) supaya tidak mencampuri urusan kerajaan negeri.

“Untuk makluman Datuk Christina, kerajaan Sabah ini bukan milik dia. Ini kerajaan rakyat Sabah. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Sabah, rakyat berhak tahu,” katanya.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Rahman berkata, beliau tidak berminat untuk mempertikaikan pemecatan Raymond kerana ia merupakan urusan Christina, namun beliau mahu tahu sama pemecatan itu ada kaitan dengan usaha Raymond membangkitkan masalah komuniti Murut di Nabawan yang berdepan masalah dengan kegiatan pembalakan di kampung mereka.

Rahman berkata, beliau mendapat tahu penduduk pribumi di situ membantah tindakan sebuah syarikat pembalakan di kawasan mereka dan ia merupakan masalah rakyat.

Katanya kerajaan negeri perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada masalah layanan buruk terhadap komuniti Murut itu benar-benar berlaku.

Sumber: FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *