Jumlah Kematian COVID-19 Di China Melepasi 1,700 Orang

Petugas kesihatan yang memakai pakaian khas melakukan semburan bagi membasmi penularan coronavirus (COVID-19) di tempat yang tidak didedahkan di Korea Utara. – Foto AFP

BEIJING: Angka kematian akibat jangkitan coronavirus (COVID-19) mencecah 1,765 kes sehingga hari ini selepas 100 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei.

Menerusi laporan perkembangan harian, Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu turut melaporkan 1,933 kes baharu.

Peningkatan kes berbanding semalam mengakhiri penurunan kes baharu bagi tempogh tiga hari berturut-turut. – AFP

848