Polis Sahkan Lucinta Perempuan

Lucinta dilaporkan sudah disahkan perempuan oleh Pengadilan Negeri Jakarta Selatan sejak bulan lalu, lapor agensi.


JAKARTA: Polis mendedahkan jantina penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstasy, Selasa lalu, adalah perempuan.

Ini berdasarkan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan yang membenarkan permohonan penukaran jantina Lucinta, tahun lalu.

Lucinta dilaporkan sudah disahkan perempuan oleh Pengadilan Negeri Jakarta Selatan sejak bulan lalu, lapor agensi.

Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisaris Besar Polis, Yusri Yunus mengesahkan perkara itu di Balai Polis Metro Jakarta Barat, hari ini, lapor agensi.

“Lucinta Luna sudah diakui sebagai perempuan sejak Disember lalu,” katanya.

Selasa lalu, Lucinta, 30, yang pernah menghasilkan video muzik single Bobo Di Mana bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, ditahan selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah itu ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi Selasa lalu.

Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan pasangan suami isteri. Polis menemukan beberapa pil ecstasy di apartmennya.

Namun, penahanan Lucinta membuatkan polis bingung untuk menempatkan selebriti itu di lokap lelaki atau wanita, akibat keraguan status jantinanya.

Turut ditahan, ‘teman lelakinya’ yang kemudian disahkan polis sebenarnya adalah perempuan.

Lapor agensi, dengan keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Lucinta kini memiliki nama rasmi Ayluna Putri. – Agensi

3869