Warga Iraq terkejut dan teruja melihat salji yang turun di negara panas berkenaan serta menganggap fenomena itu bagaikan magik.
Kami seolah-olah tak percaya. Anak-anak saya hanya perhatikan sahaja salji di tingkap,” ujar Mustafa Ali, ayah kepada tiga anak.
Fenomena ini kali pertama berlaku setelah 12 tahun setelah kali terakhir salji turun pada 2008.
Biarpun agak kerap berlaku di pergunungan utara Iraq, fenomena ini asing bagi kawasan tengah dan selatan negara Arab itu.
“Gelombang sejuk ini datang dari Eropah,” kata ketua media Jabatan Meteorologi Iraq, Amer al-Jaberi.
Menurut Al-Jazeera, penduduk Baghdad lebih terbiasa dengan suhu panas berbanding sejuk pada suhu setinggi 51 darjah selsius.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Iraq mengalami perubahan iklim ekstrem.
Pada 2018, Iraq mengalami masalah kekurangan air yang kronik hingga menyebabkan masalah kesihatan di selatan dan pusat negara itu. Namun tahun seterusnya, mereka terpaksa berhadapan banjir besar yang merosakkan rumah dan tanaman, lapor Al-Jazeera.
Sumber: Al-Jazeera / SiakapKeli