(VIDEO) TERKINI: Pesawat Penumpang Ukraine Bawa 180 Penumpang Didakwa Terhempas Di Iran

Gambar Hiasan

Terkini, pesawat penumpang milik Ukraine didakwa terhempas di Iran.

Pesawat penumpang yang dilaporkan membawa seramai 180 orang penumpang dan anak kapal itu dikatakan dalam perjalanan dari Tehran menuju ke Kiev.

Pesawat tersebut dilaporkan terhempas berdekatan dengan lapangan terbang Imam Khomeini. Tiada maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan.

Menurut laporan China Daily yang memetik laporan berita tempatan, kemalangan berkenaan dikatakan berpunca daripada masalah teknikal.

Berikut merupakan video rakaman yang didakwa koresponden BBC kapal terbang Ukraine sebelum terhempas:

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *