235 PTI Warga Filipina Dihantar Pulang Siri Pertama Tahun 2020

PTI warga Filipina yang diusir siri pertama bagi tahun 2020.

SANDAKAN: Seramai 235 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal, kelmarin.

Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata MKN Negeri Sabah terus menyelaras tanggungjawab bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan pelbagai agensi yang lain untuk mengusir PTI ke negara asal. 

“Seramai 235 orang PTI warganegara Filipina telah diusir pada  7 Januari  melalui Pelabuhan Sandakan dan merupakan pengusiran siri pertama pada tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu jumlah keseluruhan pengusiran PTI sejak tahun 1990 adalah 591, 230 orang. 

“Majlis keselamatan negara ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu menjayakan proses pengusiran PTI demi menunaikan amanah dan kepercayaan rakyat yang tidak inginkan kebanjiran PTI di Malaysia khususnya di negeri Sabah,” tegasnya.

541