(VIDEO) Dakwa Serangan Pertama Ragut Lebih 30 Nyawa Warga AS, Iran Mulakan Serangan Gelombang Kedua

Terbaru, tentera Iran mendakwa bahawa kira-kira 30 nyawa warga AS telah terbunuh dalam serangan pertama peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran.

Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengan jumlah kerosakan serta bilangan nyawa yang terkorban susulan daripada serangan tersebut.

Agensi berita Iran Fars News mendakwa bahawa sebanyak 313 peluru berpandu telah dilancarkan pada serangan pertama.

Difahamkan, gelombang serangan kedua telah dilancarkan.

Menerusi kemaskini di Twitter, beberapa koresponden mendakwa tiada kematian yang dialami oleh pihak tentera Amerika Syarikat dalam serangan tersebut.

Manakala dalam tweet yang dimuat naik oleh Presiden Trump pula, beliau menegaskan sekali lagi bahawa Amerika Syarikat mempunyai angkatan tentera paling berkuasa dan lengkap di dunia ketika ini.

Beliau turut memaklum penilaian terhadap serangan tersebut sedang dibuat dan memaklumkan kenyataan penuh akan dikeluarkan awal pagi waktu tempatan.

Sumber: Ranj Alaaldin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *