Pengawal Revolusi Iran Beri Amaran

Baghdad: Pasukan Pengawal Revolusi Iran mengancam untuk menyerang AS dan sekutunya selepas Tehran mengakui melancarkan serangan roket, pada tengah malam.

AFP melaporkan pihak berkenaan menggesa Washington supaya mengarahkan tenteranya keluar dari rantau ini dan tidak lagi menyebabkan anggotanya terancam akibat kebencian yang memuncak terhadap AS.

Letupan di pangkalan udara Ain al-Asad, Iraq.

Dalam pada itu, Reuters melaporkan Iran sudah memulakan serangan pusingan kedua menyasarkan pangkalan menempatkan tentera AS di Iraq.

Serangan itu berlaku selepas serangan pertama.

Sementara itu, Iran mengakui serangan berkenaan sebagai tindak balas serangan dron AS yang mengorbankan Komander kanan Iran, Qasem Soleiman, di Baghdad, Jumaat lalu. – Agensi

1545