Reka Cerita Dirogol Beramai-Ramai

Sekumpulan remaja Israel memeluk antara satu sama lain sebaik mendengar keputusan hakim. Foto Agensi

Cyprus: Mahkamah Cyprus, mendapati seorang remaja Britain bersalah atas tuduhan menipu kononnya dirogol beramai-ramai sekumpulan remaja Israel, kes yang membangkitkan protes jalanan di United Kingdom (UK).

AFP melaporkan, remaja wanita berusia 19 tahun itu didapati bersalah dan berdepan hukuman penjara selama setahun.

Bagaimanapun, peguam wanita itu memfailkan rayuan di mahkamah di pulau berkenaan selepas Setiausaha Luar Britain Dominic Raab meragui ‘ketegasan’ dan kebimbangan pegawai Cyprus.

Hakim Michalis Papathanasiou berkata, remaja itu didapati memberi kenyataan palsu pada 30 Disember lalu.

Dalam penghakimannya, Papathanasiou mendapati kenyataan remaja itu berbeza, keliru, ditokok tambah dan tidak logik.

Peguam remaja itu yang enggan dikenali memberitahu AFP, remaja itu dirogol di sebuah pusat peranginan di Ayia Napa oleh beberapa remaja Israel di bilik hotel mereka pada 17 Julai lalu.

Dia kemudian melarikan diri ke bilik sendiri dan diperiksa seorang doktor yang kemudian menghubungi polis.

Kumpulan remaja Israel itu ditahan dan didakwa di mahkamah tetapi 10 hari selepas laporan rogol dibuat, dia disoal siasat polis sekali lagi.

Puluhan awam melakukan demonstrasi di London menyeru kerajaan British membantu remaja itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *