WhatsApp Hanya Untuk Telefon Tertentu Mulai 2020

gambar hiasan

WASHINGTON: Aplikasi WhatsApp tidak akan berfungsi bagi beberapa jenis telefon pintar Android, iPhone dan Windows mulai tahun depan.

WhatsApp dalam satu kenyataan berkata aplikasi itu tidak dapat digunakan mulai esok berikutan telefon pintar menggunakan sistem operasi Windows sudah tidak berfungsi hari ini.

Menurut WhatsApp, telefon pintar Android dan iPhone tertentu turut berdepan masalah sama, lapor news.com.au.

Mulai 1 Februari ini, telefon pintar versi Android 2.3.7 ke bawah tidak dapat mencipta akaun baru atau mengesahkan semula akaun sedia ada.

Masalah itu turut berlaku pada pengguna iPhone iOS 8 dan sistem operasi lama.

Microsoft memutuskan menamatkan sokongannya untuk perisian telefon Windows berikutan kurang sambutan di pasaran dan pemaju aplikasi – Agensi

2424