Anak Penyanyi Nora Meninggal Dunia


Syakir (kiri) meninggal dunia dirumahnya di Petaling Jaya, hari ini.

Anak kedua penyanyi Nora, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia dirumahnya di Petaling Jaya, hari ini.

Perkara itu disahkan pembantu peribadi Nora, Jaja yang menerima mesej suara daripada penyanyi itu.

Jaja ketika dihubungi berkata, Nora mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya memberitahu perkara itu ketika sedang berada di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang teman.

“Arwah pengsan ketika berada di rumah. Pembantu rumah beritahu Alif tiba-tiba tidak sedarkan diri dan dia segera hubungi ambulans. Saya masih tidak dapat maklumat lanjut mengenai punca sebenar dia meninggal dunia kerana dalam perjalanan hendak ke hospital,” katanya.

Jenazah kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *