Tentera Filipina Dakwa Telah Berjaya Bunuh Abu Talha

Abu Talha ditemui selepas bertempur dengan tentera Filipina di bandar Patikul. Gambar Agensi

MANILA: Tentera Filipina membunuh seorang militan yang membantu kumpulan militan tempatan mempunyai kaitan dengan Daesh melakukan serangan bom bunuh diri di selatan wilayah Sulu.

Menurut jurucakap tentera, mayat Talha Jumsah yang lebih dikenali sebagai Abu Talha ditemui selepas bertempur dengan tentera Filipina di bandar Patikul, pagi kelmarin.

Mereka berkata, Abu Talha dilatih untuk membuat bom oleh Daish dan mengarahkan Kumpulan Abu Sayyaf melakukan serangan terbabit.

Dia turut bertindak sebagai penyalur kewangan dan penghubung antara militan asing dan tempatan.

“Kematian Abu Talha pasti akan melemahkan kedudukan Abu Sayyaf di Sulu,” kata Brig Jeneral Antonio Nafarrete. – Reuters

1931