‘Sampai Hati Buang Baby Comel Tidak Berdosa’ – Bayi Ditemui Dalam Tong Sampah Bersalut Najis

Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah di tepi jalan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Thailand. 

Berdasarkan gambar-gambar sumber, bayi itu ditemui dalam keadaan kepalanya menghala ke bawah tong sampah, tidak berpakaian dan bersalut dengan najis.

Mujur ada orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu terdengar suara tangisannya lalu menghubungi pihak berkuasa mengenai penemuan yang tidak dijangkakan itu. 

Bayi itu kini telah diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan si ibu yang tidak berperikemanusiaan sehingga tergamak membuang zuriatnya sendiri. 

Sumber: Thai Rescue News

44