Kilang Perabot Di Kampung Tindai Kolopis Musnah Terbakar

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran membabitkan kilang perabot di Kampung Tindai, Kolopis, Penampang. – Foto Ihsan bomba

PENAMPANG: Sebuah kilang perabot di Kampung Tindai Kolopis, di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.25 petang.

Kilang perabot di Kampung Tindai Kolopis, Penampang musnah terbakar. – FotoIhsan bomba

“Dua jentera dengan kekuatan seramai 11 anggota bomba diketuai Callixtus Fedilis dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kebakaran membabitkan sebuah kilang perabot yang musnah sepenuhnya. Turut terbakar sebuah kereta jenis Isuzu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainal berkata, pihaknya mengambil masa tiga jam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran itu.

“Pasukan bomba mengalami kesukaran membuat operasi memadam disebabkan tiada punca air berhampiran.

“Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhmya kira-kira pukul 9.06 malam tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Tambah beliau lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – SabahNewsToday