Ibu 74 Tahun, Suami Masuk ICU

Pasangan menunggu 57 tahun untuk mendapat cahaya mata. – Foto Agensi

NEW DELHI: Wanita lanjut usia yang mencipta rekod dunia selepas menyambut cahaya mata pertama pasangan kembar pada usia 74 tahun, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India akibat angin ahmar.

Daily Mail melaporkan, Erramati Mangayamma dikatakan mengalami masalah itu selepas melalui proses bersalin selama tiga jam.

Pasangan menunggu 57 tahun untuk mendapat cahaya mata.

Manakala suaminya, Sitarama Raja Rao, 82, pula turut dilaporkan mengalami serangan jantung dan ditempatkan unit sama di pusat jagaan di Guntur itu.

Pasangan itu menunggu selama 57 tahun berjaya mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah IVF pada 5 September lalu dan dianggap satu keajaiban dalam dunia perubatan.

Menurut Dr Sanakayyala Umashankar yang merawat mereka berkata, wanita itu mengalami tekanan akibat proses bersalin dan ditempatkan di unit terbabit sejak lebih seminggu lalu.- Agensi