RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan naik 2 sen daripada RM2.49 kepada RM2.51 seliter mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan diesel pula kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter bermula 24 hingga 30 Ogos ini.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya RM2.19 dan RM2.21 seliter.

Tetapi, katanya, kerajaan tidak berbuat demikian dan anggaran subsidi yang perlu ditanggung dalam tempoh seminggu akan datang berjumlah RM55.48 juta.