Isteri Tangkap Suaminya Lakukan Hubungan Intim Dengan Gadis 15 Tahun Di Salun, Potong Rambut Sebagai Balasan

Seorang pemilik salun di Vietnam menangkap suaminya yang sedang melakukan hubungan intim dengan kekasih berusia 15 tahun di premisnya dan mengambil keputusan untuk memberi pengajaran dengan mengunting rambutnya. 

Difahamkan, remaja itu baru berpindah ke bandar itu untuk belajar mengenai bab kecantikan dan bekerja dengan pemilik salun itu sebagai pendandan rambut. 

Apabila suami kepada pemilik itu selalu datang membantu di salun, isterinya perasan suaminya sering bermain mata dengan remaja berkenaan membuatkan dia berasa curiga. 

Sejak dari itu, dia menyedari suaminya kerap datang ke salun dan selalu memberikan alasan agar dia keluar dari kedai. 

Satu hari, si isteri bercadang mahu menguji mereka berdua dan berpura-pura keluar dari kedai kononnya ada urusan lain, sementara suaminya bersama remaja itu tinggal berdua di kedai. 

Selepas beberapa ketika, si isteri pulang semula ke kedai dan ternampak suaminya bersama remaja itu berada di atas kerusi. 

Mata suaminya ditutup dengan tuala sementara remaja itu berada di atas badan lelaki itu memberikan khidmat urutan B2B (Body to body – urutan bagi menaikkan nafsu serakah), malah turut memberi urutan yang tidak sepatutnya pada kemaluan lelaki itu. 

Berang melihat remaja itu mempunyai skill yang lebih daripadanya, dia terus menerjah dan mengarahkan mereka memakai pakaian sebelum memukul dan menendang remaja itu sambil menjerit. 

Wanita itu turut menarik rambut dan menghentak kepala remaja itu kerana terlalu geram. Remaja itu menangis apabila majikannya mula mengunting rambutnya. 

Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam yang ternampak kejadian itu lalu memuat naik video itu di media sosial. 

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera datang ke lokasi dan menahan tiga individu berkenaan, selain menemui kesan rambut dipotong serta cecair likat di salah sebuah kerusi salun. 

Menurut peguam, memandangkan remaja itu berusia 15 tahun, kes diklasifikasikan sebagai kes rogol walaupun remaja itu rela ataupun tidak. 

Suspek lelaki didakwa atas tuduhan merogol, manakala gadis itu dibebaskan. Isteri suspek pula berkemungkinan akan ditahan kerana dituduh melakukan penderaan. 

Sumber: World of Buzz