REMAJA PEREMPUAN HILANG 18 HARI DITEMUI DI PUTATAN
LAHAD DATU: Remaya berusia 16 tahun, Nur Anissyah Abdullah yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 18 hari lalu kini ditemui selamat oleh sepasang suami isteri di Putatan semalam.
Ibunya Elyna Umar, 35, ketika dihubungi Sabah News Today memberitahu anak perempuannya itu ditemui dalam keadaan selamat.
“Awal pagi tadi saya dihubungi oleh pasangan suami isteri berkenaan untuk mengambil anak saya yang ketika itu berada dalam jagaan mereka.
“Kini saya dan anak sedang dalam perjalanan pulang ke Lahad Datu,” katanya Elyna sambil menambah anaknya itu masih berdiam diri.
Elyna berkata keterangan oleh anak gadisnya itu dibuat di Balai Polis Daerah Putatan.
Menurutnya buat masa ini Nur Anissyah hanya membisu dan enggan menceritakan bagaimana dia boleh berada di Kota Kinabalu dari Lahad Datu.
Dalam pada itu Elyna turut mengucapkan penghargaan kepada pihak media dan orang ramai yang membantu mengesan anaknya.
Semalam, Sabah News Today melaporkan, remaja perempuan berusia 16 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung PPRT Peringkat 2, dekat sini, sejak 10 Jun lalu.