Pelajar KV Keningau Menang Dana Untuk Kelas Tutorial Persediaan MUET

KENINGAU : Pasukan pelajar tahun tiga Kolej Vokasional Keningau telah dipilih sebagai pemenang dana projek komuniti “Amal Fund” berjumlah RM 500 bagi projek mereka yang bertajuk “Your Path Forward” dimana aktiviti utamanya adalah kelas tutorial bagi calon-calon persendirian Malaysian University English Test (MUET).

Pasukan ini menerima mesej secara peribadi dari pengasas Amal Fund itu sendiri iaitu Nurul Amalina Che Ariffin, seorang rakyat Malaysia yang kini bertugas di Amerika Syarikat, pada Mac 2024.

Pasukan ini terdiri daripada lapan pelajar: Siti Nur Hanisah Binti Omar Hashim, Mohd Adi Taufiq bin Roslan, Nur Rasya Aleeya binti Abd Rajik, Elle Zulaikha binti Halim, Nurirdina Wassly dan Ave Vanessa.

Mereka menggunakan wang tersebut untuk membeli buku rujukan MUET yang boleh dipinjam secara berekod bagi mereka yang menduduki peperiksaan tersebut sebagai calon persendirian.

Buku-buku itu juga boleh digunakan dalam kelas tutorial MUET yang merupakan aktiviti utama projek mereka.

Selain daripada kelas tutorial, sesi sembang bersama alumni dan sesi perkongsian dengan pakar industri juga meruapakan sebahagian daripada aktivit-aktiviti yang mereka jalankan untuk mempersiapkan golongan muda untuk dunia selepas persekolahan sama ada melanjutkan pelajaran di university atau melangkah ke alam pekerjaan.

Hanisah Omar Hashim, ketua pasukan tersebut, berasa sangat gembira kerana menerima dana tersebut yang bukan sahaja dapat mempersiapkan dia untuk menduduki peperiksaan itu tetapi membolehkan dia membantu calon- calon yang lain juga.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada kumpulan pelajar ini atas kegigihan mereka untuk membuat persiapan menduduki peperiksaan itu dan dalam masa yang sama menjadikannya sebagai projek komuniti bagi mereka membantu generasi yang seterusnya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *