Curi Barangan Dalam Homestay, 3 Individu Berjaya Ditahan

Dua suspek berjaya ditahan polis.

TAWAU : Satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pemilik rumah Inap Desa/Homestay berkaitan kes pecah rumah di Tawau yang melibatkan anggaran kerugian lebih kurang RM 5000.00 yang mana viral di dalam media sosial telah berjaya diberkas di sekitar Bandar Tawau tengahari tadi.

Bertindak atas risikan dan intipan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor dan berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rakan subahat. Berpandukan maklumat yang diberi, serbuan susulan turut dibuat di sebuah bilik sewa dan berjaya menahan seorang lagi lelaki.

Hasil penggeledahan di dalam bilik sewa telah menjumpai sebuah televisyen disyaki barang yang dicuri dari homestay tersebut.

Kesemua suspek yang ditahan adalah warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *