Lelaki Maut Dirempuh Ketika Berteduh Hujan Di Pondok

Keadaan Toyota Harrier yang terbabas selepas merempuh mangsa yang berteduh di pondok tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Pan Borneo, Papar.

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas dirempuh Toyota Harrier di pondok tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Pan Borneo, semalam. 

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa berusia 48 tahun yang bermotosikal berteduh di pondok menunggu hujan reda.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata siasatan mendapati pemandu Harrier dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Kenderaan berkenaan kemudian terlanggar mangsa yang berteduh di pondok berdepan dengan kedai runcit berhampiran jalan terbabit,” katanya ketika dihubungi. 

Kamaruddin berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa parah di badan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *