Akaun 3 KWSP Untuk Kecemasan, Bukan Beli Telefon Bimbit, Sport Rim Mewah

Pencarum hanya ada sekali peluang untuk membuat pilihan bagi menentukan berapa jumlah yang hendak dipindah mengikut dua kaedah yang telah ditetapkan.

RAMAI yang mula mengira berapa jumlah wang yang boleh dikeluarkan menerusi akaun ketiga selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar pindahan dari Akaun 2 ke Akaun Fleksibel itu.

Pencarum hanya ada sekali peluang untuk membuat pilihan bagi menentukan berapa jumlah yang hendak dipindah mengikut dua kaedah yang telah ditetapkan.

Kini akaun ketiga menjadi simpanan kecemasan sebagai penyelamat pada masa terdesak kerana ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Sebelum ini KWSP telah pun membenarkan sebanyak tiga kali pengeluaran menggunakan Akaun 2 ketika pandemik Covid-19 bagi membantu pencarum yang terjejas.

Maka peluang keempat ini perlu dimanfaatkan dengan baik kerana berdasarkan situasi semasa, berkemungkinan tiada lagi kebenaran sedemikian pada masa akan datang.

Fikir semasak-masaknya tujuan kegunaan pengeluaran itu nanti supaya tidak dibazirkan untuk kemahuan diri berbanding keperluan kelangsungan hidup.

Sepanjang tiga pengeluaran terdahulu, pasti yang ada menyesal kerana tersilap langkah menggunakan wang tersebut untuk perkara merugikan terutama membeli telefon bimbit baharu, sport rim kereta, perabot mewah dan lain-lain.

Kali ini jika tiada keperluan mendesak, wang dalam akaun ketiga sewajarnya tidak diusik agar tidak mengulangi kesilapan sama.

Merak Jalanan yakin pencarum sudah mempunyai perancangan kerana sebahagian besar daripada mereka pernah mendesak kerajaan untuk berbuat demikian.

Bagi pencarum yang sudah mempunyai sumber lain sebagai simpanan kecemasan, kekalkan sahaja dua akaun sedia ada supaya ada wang mencukupi untuk kegunaan selepas bersara. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *