Tiada Bukti Rusia Tembak Jatuh MH17 – Vladmir Putin

Siasatan pasukan antarabangsa terhadap insiden MH17 tidak memberikan sebarang bukti yang Rusia bertanggungjawab, kata Presiden Rusia.

Moscow: Presiden Rusia, Vladmir Putin berkata negaranya menolak sepenuhnya rumusan oleh penyiasat antarabangsa yang menamakan tiga warga Rusia dan seorang Ukraine sebagai suspek dalam insiden menembak jatuh pesawat penumpang Penerbangan Malaysia, MH17 di Ukraine pada 2014.

Bercakap kepada wartawan selepas sesi soal jawab tahunan di Moscow pada Khamis, Putin berkata siasatan itu tidak memberikan sebarang bukti yang Rusia bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis turut berkata empat suspek yang didedahkan sebagai perancang insiden MH17 adalah kesimpulan politik untuk menyalahkan Rusia semata-mata.

Tegas Perdana Menteri, bukti itu juga dilihat sangat sukar untuk diterima.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *