Pelanggan Kecewa Dapat Ayam KFC ‘Kurus’

Dua ketul ayam bersaiz kecil dalam posting yang tular.

Kurang dua jam posting tentang ayam goreng KFC yang dimuat naik tular di media sosial mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Segalanya bermula apabila Ernie Mah berkongsi foto makanan yang telah dibeli dari KFC, terdiri daripada dua ketul ayam dan kentang lenyek.

Dia menulis hidangan itu dibelinya di Hillion Mall, Singapura dan kosnya ialah S$7.95 (RM24.40).

Jelasnya, ketika melihat saiz dua ketul ayam yang kecil, dia meminta agar ia ditukar kepada saiz yang lebih besar.

“Bayar $7.95 untuk hidangan dua ketul ayam ini di KFC Hillion Mall.

“Minta staf, iaitu Kelvin T untuk tukar ayam paha kepada yang lebih besar,” tulisnya.

Pelanggan mendakwa staf premis enggan membuat pertukaran ayam atas dasar polisi syarikat.

Walau bagaimanapun, permintaan Mah ditolak oleh kakitangan bertugas dengan alasan polisi KFC hanya membenarkan satu ketul ayam saiz besar dan satu ketul lagi bersaiz kecil diberikan kepada pelanggan.

Foto yang dikongsi oleh Mah di Facebook menunjukkan dua ketul ayam, yang mana salah satunya adalah paha ayam yang sangat kecil.

Mah menulis bahawa kakitangan menolak permintaannya, menyatakan hanya boleh tukar ‘seketul besar dan seketul kecil’.

Mah juga berkata bahawa mereka tidak memberikannya sudu untuk kentang lenyeknya.

Dia menyiarkan aduannya ke laman Facebook KFC, tetapi pada masa itu, nampaknya tidak ada balasan.

Postingnya mencetuskan banyak komen dengan mendapat hampir 500 reaksi dan 250 komen dalam masa dua jam. –IndependentSg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *