Bekas Presiden Mesir Meninggal Dunia Dalam Mahkamah

Bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi. – Foto Reuters

Kaherah: Bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi dilaporkan meninggal dunia dalam mahkamah, kata stesen televisyen awam, hari ini.

Katanya, Mursi dilaporkan pengsan selepas satu sesi mahkamah dan meninggal dunia selepas itu.

Mursi, 67, seorang tokoh tertinggi dalam Ikhwanul Muslimin digulingkan oleh tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden. -Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *