Dahan Besar Tembus Badan 2 meter

Keadaan Foster selepas kemalangan jalan raya. FOTO Agensi

Seorang penunggang motosikal amat bernasib baik apabila ditusuk dahan besar sepanjang dua meter selama lapan jam selepas kemalangan jalan raya.

Sean Foster, 27, dari Perth berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikalnya pada kelajuan 80 kilometer sejam dan tidak nampak dahan itu di laluannya disebabkan silau.

“Saya dapat rasakan ada sesuatu tidak kena tetapi tidak dapat melihat sendiri. Cuma ketika itu saya tahu memang saya ditusuk dahan berkenaan.

“Pada mulanya saya menyentuh bahagian depan sebelum meraba pula di belakang,” katanya kepada 7News.

Dahan itu terpaksa dipotong untuk membolehkan Foster menaiki helikopter serta ambulans.

Sementara itu, pakar yang merawatnya, Sana Nasim berkata, Foster bernasib baik kerana dahan itu tidak mengenai sebarang organ penting sebaliknya hanya menembusi kulit serta ototnya.

“Jika dahan itu hanya menembusi beberapa inci ke kiri, pasti organ lebih penting akan terkena dan menyebabkan kecederaan serius,” katanya. – Agensi