6 Perogol Dan Bunuh Kanak-Kanak Bakal Dihukum Mati

Sanji Ram bersama lima orang suspek dibawa ke mahkamah di Pathankot, Punjab.Agensi

INDIA: Enam lelaki didapati bersalah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun pada 2018.

Bagaimanapun, tertuduh masing-masing mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah di Pathankot, Punjab, hari ini.

Seramai lapan orang terbabit dalam kes terbabit, termasuk seorang bekas pegawai kerajaan, empat anggota polis dan seorang remaja, lapor BBC.

Namun, salah seorang tertuduh dibebaskan dan remaja itu akan dibicarakan secara berasingan.

Menurut kertas pertuduhan, mangsa diculik pada 10 Januari tahun lalu ketika menjaga kuda dan dibawa ke sebuah perkampungan di daerah Kathua.

Mangsa dikurung selama lima hari di sebuah rumah ibadat, diseksa dan dirogol sebelum dicekik dan dipukul hingga mati.

Polis mempercayai mangsa menjadi sasaran tertuduh yang mahu menghalau puaknya keluar dari penempatan mereka.

Bekas pegawai kerajaan Sanji Ram, 60, didakwa merancang jenayah itu dengan bantuan anggota polis Surender Verma, Anand Dutta, Tilak Raj dan Deepak Khajuria.

Enam pesalah terbabit bakal berdepan hukuman mati dan hukuman penjara seumur hidup. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *