25 Ketua Penaja Srikandi bahagian Bersatu Sabah terima watikah pelantikan

Rina (barisan tengah) bergambar kenangan bersama 25 ketua penaja Srikandi Bersatu bahagian seluruh Sabah selepas majlis penyerahan watikan di Kampung Serusop Tuaran. – Gamba Ihsan Bersatu

TUARAN, 24 Mei – Seramai 25 Ketua Penaja Srikandi bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menerima watikah pelantikan, semalam.

Watikah pelantikan berkenaan disampaikan Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam satu majlis tertutup di sini semalam. 

Mizma Appehdullah menerima watikah perlantikan daripada Rina sambil diperhatikan oleh Hajiji (kiri), Mohd Rafiq Naizamohideen (dua dari kiri) dan Masidi (kanan). – Gambar Ihsan Bersatu

Mereka yang menerima watikah pelantikan ialah, Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) yang juga Penyelaras Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Aminah Ambrose (Kudat), Dato Redonah Bahanda (Kota Marudu), Hasrina Wati Golkan (Kota Belud), Jamaliah Antalip (Tuaran), Aziah Atoh (Sepanggar), Salmi Sarinoh (Kota Kinabalu), Salmah Sait (Putatan), Luvita Koisun (Penampang).

 Seterusnya, Fahzean Mohiddin (Papar), Dayang Hairena Awang Basir (Kimanis), Datuk Surinam Sadikun (Sipitang), Datuk Amisah Yassin (Ranau), Amelia Ajun (Keningau), Sabini Asumor (Tenom), Nesha Azuren Abdul Ghani (Pensiangan).

 Selain itu, Aneh Jamri (Beluran), Annabell Perian (Libaran), Hasma Nurdin (Batu Sapi), Normawati Sarjam (Sandakan), Dayang Norhayati Titing (Kinabatangan), Mizma Appehdullah (Silam), Saridah Ab Lakata (Semporna), Datuk Rosdiana Md Nor (Tawau) dan Maria Wahaya (Kalabakan).

Azizah berkata penubuhan Bersatu Sabah melalui onak dan duri, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi bukan sahaja ketua penaja bahagian tetapi juga dirasai oleh Srikandi dan Armada Bersatu Sabah.

 “Sejarah 12 Dis 2018 hinggalah pelancaran Bersatu Sabah pada 6 April 2019 serta malam ini, yang ketua-ketua penaja bahagian Srikandi Bersatu menerima watikah pelantikan.  

Azizah yang juga Ketua Penaja Srikandi Bersatu bahagian Beaufort menegas komitmen 25 ketua-ketua penaja Srikandi akan memastikan Bersatu Sabah tetap kukuh dan kuat serta bergerak bersama  dengan kepimpinan Bersatu negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dan kepimpinan di peringkat bahagian seluruh Sabah.

— BERNAMA

Azizah (dua dari kiri) menerima watikah perlantikan daripada Rina sambil diperhatikan oleh Hajiji (kiri), Mohd Rafiq Naizamohideen (dua dari kiri) dan Masidi (kanan). – Gambar Ihsan Bersatu
Rina (tengah) mengagihkan barangan keperluan asas kepada Azizah untuk Program Sentuhan Kasih Ramadan yang diadakan dalam bulan ini di 25 bahagian Srikandi Bersatu Sabah. – Gambar ihsan Bersatu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *