Anggota Cawangan Khas hadir sidang media Warisan, jaga keselamatan

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Kehadiran anggota Cawangan Khas (SB) pada sidang akhbar Warisan di Sabah baru-baru ini, adalah prosedur biasa bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan sepanjang majlis berlangsung, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata pihaknya hanya menjalankan tugas, dan tidak lebih daripada itu untuk memastikan sidang akhbar berkenaan berjalan lancar.

“Tidak kiralah SB atau tidak, kalau Polis Diraja Malaysia (PDRM), ia bertujuan memastikan keselamatan sama ada mereka ini beruniform atau tidak beruniform, kerana mereka telah berikrar melidungi negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan anggota Cawangan Khas dilarang masuk ke sidang akhbar Warisan di Sabah, baru-baru ini.

“Saya anggap benda ini tidak menjadi satu isu,” katanya.

— BERNAMA 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *