Vivian mendahului PRK Sandakan

VIVIAN (kiri) dan Chia bertembung di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Muhibbah, hari ini. FOTO Khairull Azry Bidin

SANDAKAN: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

6.30 petang: Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee mendahului dengan 7,565 undi menerusi 45 peti undi.

Calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin mendapat 1,917 undi.

Tiga lagi calon Bebas, Hamzah Abdullah dengan 312 undi, manakala Sulaiman Abdul Samat mendapat 50 undi dan Chia Siew Yung memperoleh 72 undi.

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua di Sandakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *