Keputusan tidak rasmi: Shir Yee mendahului setakat jam 6.30 petang

Calon DAP Vivian Wong Shir Yee memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Muhibbah hari ini. – Foto BERNAMA

SANDAKAN: Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, mendahului dengan memperoleh 7,565 undi menerusi 45 peti undi, setakat jam 6.30 petang tadi, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin, pula mendapat 1,917 undi, diikuti tiga calon Bebas, iaitu Hamzah Abdullah (312), Chia Siew Yung (72) dan Sulaiman Abdul Samat (50).

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, di sini.

367