Ronaldinho kini penyanyi rap

Ronaldinho memukul dram dan kemudian membuat rap secara solo selama 30 minit. FOTO Agensi

RIO DE JANEIRO: Bekas pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho, kini menjadi penyanyi rap bagi mengecam gejala rasuah di negaranya.

Bekas bintang FC Barcelona itu yang nama sebenarnya Ronaldinho Gaucho, menerbitkan lagu bersama penyanyi negara itu, Jorge Versillo, bagi tujuan berkenaan.

Pemenang anugerah Golden Ball 2005 itu muncul dalam video yang dirakam dalam studio dengan memakai beret hitam, baju putih dihiasi imej Saint George membunuh seekor naga.

Separuh jalan berduet, Ronaldinho memukul dram dan kemudian membuat rap secara solo selama 30 minit. Korus lagu itu mengutuk pembaziran dana awam yang menjejaskan pembinaan sekolah dan hospital.

Ini bukanlah kali pertama pembabitan Ronaldinho, 39, dalam muzik selepas bersara pada Januari 2018.

Ronaldinho turut membuat persembahan dengan bintang rap Tunisia, K2rhym dan muncul dalam lagu rasmi Piala Dunia 2018 dipersembahkan oleh Will Smith, Nicky Jam dan Era Istrefi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *