Sumbat bawah tilam

Rios (kiri) dan Valencia adalah rakan baik dan mereka tinggal di apartmen yang terletak di Club Creek Drive. FOTO AgensiAgensi

HOUSTON (AMERIKA SYARIKAT): Polis memburu seorang lelaki selepas rangka manusia dipercayai milik rakan suspek yang hilang ditemui di bawah tilam di apartmen miliknya.

Mail Online melaporkan, Jesus Cardenas Valencia dikehendaki polis berkaitan kematian Carlos Rios, 24, yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu.

Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemui di apartmen milik Valencia adalah Rios tetapi punca kematian mangsa masih belum diketahui.

KPRC-TV melaporkan, Rios dan Valencia adalah rakan baik dan mereka tinggal di apartmen yang terletak di Club Creek Drive, di sini.

Apabila Rios dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu, polis menahan Valencia dan menggeledah apartmen milik lelaki itu tetapi tidak menemui sebarang bukti menyebabkan suspek dilepaskan.

Valencia kemudiannya menjual apartmen berkenaan. Pada awal bulan ini pemilik baru membersihkan kediaman berkenaan dan dia terkejut apabila menemui rangka manusia di bawah tilam.

Jiran sebelum ini pernah melaporkan bau busuk selama beberapa minggu.

Polis yang datang ke kediaman berkenaan membawa mayat itu bersama tilam berkenaan sebagai bukti.

Bagaimanapun, ketika mayat itu ditemui Valencia dipercayai sudah melarikan diri.

“Saya percaya dia sudah melarikan diri ke luar negara,” kata seorang jiran, Shaun O’Neal kepada NBC. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *