RON97 turun 1 sen, RON95, diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun satu sen kepada RM2.81 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini berkata, harga runcit produk petroleum yang ditetapkan itu adalah bagi tempoh 4 hingga 10 Mei ini.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya masing-masing RM2.50 dan RM2.47 seliter.

“Namun, harga runcit kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 4 hingga 10 Mei adalah berjumlah RM130.45 juta,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *