Gempa bumi 3.2 Richter gegar Beluran

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter telah dikesan di Beluran pada jam 8.59 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan gempa bumi itu berlaku di 6.5 darjah Utara dan 117 darjah Timur lebih kurang 55km Tenggara Pitas pada kedalaman 10km.

Gegeran mungkin dirasai di sekitar Beluran. Walaubagaimanapun, MetMalaysia akan terus memantau keadaan.

847