Hulk Brazil ugut nak ‘koyak’ kepala Sajad?

SAJAD Gharibi (kiri) akan bertarung dengan pencabarnya dari Brazil iaitu Peninju Romario dos Santos Alves. FOTO: DailymailAgensi

TEHRAN: Selepas mengumumkan hasrat memasuki pertandingan mempertahankan diri campuran (MMA) Januari lalu, ahli bina badan Iran yang digelar Hulk Iran mengumumkan akan menentang peninju dari Brazil tahun ini.

Ketika mengumumkan mahu menyertai MMA melalui Instagram, Sajad Gharibi yang juga dikenali sebagai Hercules Parsi seberat 176.9 kilogram dan setinggi 182.9 sentimeter itu mencabar sesiapa saja yang berani bertarung dengannya.

“Beranikan diri dan jemput saya bertarung, bukan bersembunyi di belakang penaja anda,” tulisnya.

Daily Mail melaporkan, minggu lalu, Sajad mengumumkan menerima cabaran daripada pencabarnya dari Brazil dan pertarungan akan berlangsung menjelang hujung tahun.

Sajad tidak mendedahkan nama lawannya, namun netizen membuat spekulasi pencabarnya ialah Romario dos Santos Alves, 29, yang digelar Hulk Brazil.

Bulan lalu, Alves yang berat badannya 104 kilogram, mengugut mahu ‘mengoyak’ kepala Sajad menerusi video di Instagram.

Sekiranya dua Hulk berkenaan bertemu di gelanggang, Sajad dikatakan mempunyai kelebihan dari segi saiz badan, namun tidak semestinya akan menang. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *