Dibunuh tolak hantaran lembu

JUBA: Seorang wanita dibelasah mati oleh abang-abangnya kerana menolak lamaran seorang lelaki yang menawarkan keluarganya 40 lembu sebagai hantaran perkahwinan di Sudan Selatan.

Menteri Penerangan di Eastern Lakes, Taban Abel berkata, Nyaluk Magorok, 20, dihukum abang-abangnya dalam kejadian di Yirol selepas berkeras tidak mahu mengahwini calon pilihan keluarga itu.

Dia memberitahu Radio Tamazuj, ibu bapa Nyaluk mahu memaksanya mengahwini lelaki berkenaan kerana tawaran 40 lembu sebagai hantaran. Susulan itu, katanya, semua ahli keluarga yang bertanggungjawab atas kematiannya termasuk ayahnya kini ditahan.

“Bapanya yang mengarahkan anak perempuannya dibunuh kerana enggan berkahwin,” katanya.

“Perbuatan tidak bertamadun ini memerlukan campur tangan segera kerajaan. Ini kejadian kedua seperti itu. Tahun lalu, seorang wanita muda dipukul mati ayahnya sendiri selepas mengandung luar nikah,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *