Silap ‘bising’ tak cukup makan

SAHU yang mengikuti rombongan pihak lelaki dalam majlis perkahwinan itu mengeluh makanan diberikan kepadanya terlalu sedikit. GAMBAR hiasanAgensi

NEW DELHI: Tiga lelaki termasuk abang pengantin perempuan dituduh mencekik mati seorang tetamu majlis perkahwinan sebelum mengikat batu pada kakinya dan mencampaknya ke dalam empangan selepas mengeluh dihidangkan makanan yang terlalu sedikit di Chhattisgarh, lapor media tempatan.

Mayat Ved Prakash Sahu, 25, ditemui di empangan Gangrel pada Ahad lalu, hampir seminggu selepas dia dibunuh, lapor Times of India.

Menurut polis, beberapa pelancong terhidu bau busuk dari empangan berkenaan dan terkejut melihat mayat mereput terapung dengan beg kecil berisi batu diikat pada kakinya. Laporan bedah siasat mendapati mangsa dicekik mati lima hari sebelumnya.

Menurut polis, Sahu yang mengikuti rombongan pihak lelaki dalam majlis perkahwinan itu mengeluh makanan diberikan kepadanya terlalu sedikit, mencetuskan kemarahan abang pengantin perempuan, Hitesh dan dua rakannya seterusnya mengakibatkan pertengkaran. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *