PPM Rampas 4,500 Bungkus Rokok Seludup Di Lahad Datu

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

LAHAD DATU, 1 Mei 2019 – Pasukan Polis Marin Lahad Datu telah berjaya mengesan aktiviti penyeludupan di kawasan Kilang Behn Meyer POIC pada jam 12.30 pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohammad Pajeri Bin Ali berkata, hasil risikan maklumat oleh Unit Risikan Marin telah mengesan mengenai aktiviti dipercayai penyeludupan rokok yang diseludup masuk dari negara jiran.

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Berikutan daripada maklumat tersebut, satu operasi telah dilaksanakan oleh Pasukan Polis Marin dan telah berjaya mengesan tempat penyimpanan sementara sebelum dibawa masuk dan diagihkan. Pasukan Polis Marin telah menjumpai longgokan plastik hitam dan apabila diperiksa mendapati berisi rokok jenis Astro Hitam sebanyak 1,500 bungkus dan rokok Astro Putih sebanyak 3,000 bungkus. Tiada tangkapan dibuat kerana dipercayai suspek telah menghidu awal kehadiran pihak penguasa. Rokok-rokok ini dipercayai untuk pasaran di sini. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM13,500.00.

Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *