Tangani rasuah pencapaian terbaik PH – Kit Siang

Vivian (dua dari kiri) berswafoto bersama Kit Siang (dua dari kanan) ketika mengadakan ceramah di Kampung Mangkalinau. FOTO Khairull Azry BidinPoliana Ronnie [email protected]

USAHA menangani rasuah adalah pencapaian terbaik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia sudah pasti tidak mahu menjadi negara gagal seperti beberapa negara Arab, sebaliknya mahu muncul sebagai negara yang makmur, damai, berjaya dan menjadi model kepada negara lain.

Katanya, tiada negara lain dapat memerangi rasuah dalam tahun pertama peralihan kuasa seperti pencapaian Malaysia dan beliau yakin semua sasaran kerajaan seperti yang diumumkan dalam manifesto dapat dicapai pada tahun berikutnya.

“Ia tidak mudah (untuk tunaikan manifesto), ada halangan, tetapi saya fikir jika kita berkomitmen (kita mampu capai), cuma perlu masa.

“Ada orang kata jangan sebut perkara 1MDB yang sudah lepas. Saya rasa ini silap oleh kerana ia pencapaian terbaik kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas ceramah umum di Kampung Mangkalinau di Sandakan, petang hari ini.

Kit Siang berkata, dengan pencapaian kerajaan itu, mereka berharap keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Sandakan pada 11 Mei depan akan berpihak kepada calon DAP, Vivian Wong Shir Yee.

“Keputusan (sama ada memilih Shir Yee atau calon lain yang bertanding) dalam tangan pengundi.

“Kita harap kita boleh capai empat objektif kerajaan iaitu mencapai Malaysia baharu, Sabah baharu, Sandakan baharu dan kampung baharu,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan DAP memungut derma dalam kempen di parlimen itu seperti yang tersebar dalam laman sosial sejak semalam, Kit Siang berkata, ia benar kerana DAP parti miskin.

“Ia benar. Ia cara kami, tiada apa yang mengejutkan kerana kami parti yang miskin,” katanya. -Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *