Lelaki warga emas dilaporkan hilang, ditemui selamat

Mangsa dibawa keluar dari hutan berkenaan. Gambar ihsan Bomba

TENOM: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan Kampung Tukalilan Malalap berjaya ditemui, petang hari ini.

Menurut maklumat orang awam, Amin Duaya berumur 88 tahun yang dilaporkan hilang itu disyaki tersesat ke dalam hutan tersebut.

Pegawai Penguasa Bomba (PPgB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Zainal Sinsian berkata mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 3.57 petang.

Operasi mencari dan menyelamat (Sar) oleh pasukan bomba itu turut dibantu oleh orang awam.

Sementara itu, BBP Tenom menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 2.34 petang dan bergegas ke lokasi kejadian melalui jarak 25 kilometer.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba bertindak mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut dan seterusnya menjalankan operasi pencarian.

Mangsa berjaya ditemui dan operasi Sar berkenaan ditamatkan pada pukul 4.50 petang. 

Mangsa dibawa keluar dari hutan berkenaan. Gambar ihsan Bomba
Mangsa dibawa keluar dari hutan berkenaan. Gambar ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *