Tak dapat anak lelaki, campak 4 anak perempuan dari jambatan

PATNA: Kecewa tidak dapat anak lelaki, seorang lelaki tergamak mencampak empat anak perempuannya dari sebuah jambatan hingga menyebabkan salah seorangnya mati, dalam kejadian di Bihar, India.

Gulf News melaporkan, lelaki yang sudah ditahan polis itu melakukan perbuatan kejam terbabit di kampung Damodarpur, daerah Lakhisarai pada malam Isnin lalu.

Polis berkata, lelaki dikenali sebagai Nandu Yadav itu membawa empat anak berusia antara dua dan lima tahun menaiki motosikal ke lokasi terpencil sebelum cuba membunuh mereka.

Kejadian itu kemudiannya disedari oleh penduduk kampung yang bergegas melihat mangsa terbaring sebelum dikejarkan ke hospital.

Salah seorang daripada kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia manakala tiga lagi kritikal.

Bagaimanapun, lelaki terbabit masih nekad untuk membunuh semua anaknya ketika berada di hospital tetapi berjaya ditangkap penduduk dan diserahkan kepada polis.

“Kita menahan suspek berdasarkan aduan yang diterima daripada isterinya,” kata jurucakap polis, Superintendan Kartikeya Sharma. – Agensi

141