Tembak mati suami langgan porno

ARKANSAS: Seorang wanita ‘naik hantu’ apabila menembak mati suaminya selepas mendapat tahu lelaki terbabit menambah langganan televisyen saluran pornografi di rumah mereka.

Daily Mail melaporkan, wanita terbabit, Patricia Hill, 69, kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan membunuh suaminya, Frank Hill, 65, yang ditemui mati di rumah mereka di Pine Bluff, Arkansas, Julai lalu.

Isnin lalu, pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa wanita itu sebelum ini sudah membatalkan langganan saluran lucah itu sebanyak dua kali dan menembak mati suaminya sebaik mendapat tahu lelaki terbabit melanggannya sekali lagi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan sepucuk pistol .22caliber dan lelaki terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada kaki dan kepalanya selain bil langganan televisyen ditemui di lantai ruang tamu rumah.

Patricia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu apabila peguamnya mendakwa wanita terbabit berpendapat pornografi itu adalah satu penghinaan terhadap dirinya dan tuhan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *