Adik tolong berus gigi buaya

SEORANG kanak-kanak perempuan menggosok gigi buaya peliharaannya.

JAKARTA: Rakaman video seorang kanak-kanak perempuan menggosok gigi buaya peliharaan di bilik air rumahnya di Tangerang mencuri tumpuan media asing.

Dalam video berdurasi hampir seminit itu, kanak-kanak dikenali sebagai Maharani seronok bermain dengan reptilia kecil itu dalam besen diisi air.

Kanak-kanak berani itu menggosok gigi buaya dengan berus yang diletakkan ubat gigi dan reptilia itu seolah tidak kisah ia dibersihkan.

Malah, buaya itu tetap tenang meskipun kepalanya dua kali terlepas dari tangan kanak-kanak berkenaan.

Mereka turut ditemani seekor burung nuri gergasi berwarna hitam yang hinggap atas tong dalam bilik air berkenaan.

Video itu dipercayai dimuat naik di media sosial pada 28 Mac lalu dan menjadi bualan hangat netizen.

SEORANG kanak-kanak perempuan menggosok gigi buaya peliharaannya.

189