Guru racun 23 murid

DOKTOR dan jururawat memberi rawatan kepada murid yang terlibat. FOTO Beijing News

BEIJING: Seramai 23 murid sebuah tadika di bandar Jiaozuo, Henan dimasukkan ke hospital selepas seorang guru meracunkan bubur mereka.

Akhbar Xinhua melaporkan, guru yang hanya dikenali sebagai Wang ditahan polis selepas kejadian pada 27 Mac lalu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kanak-kanak malang itu muntah dan pengsan selepas selesai sarapan.

Seorang mangsa masih dirawat di hospital kerana mengalami simptom teruk dan tujuh lagi di bawah pemantauan doktor.

Bapa seorang mangsa memberitahu akhbar Beijing doktor terpaksa mengeluarkan makanan dari perut anaknya bagi mengelak tahap keracunan tinggi dalam darah.

AFP melaporkan, siasatan mendapati racun terbabit adalah natrium nitrit yang digunakan untuk mengawet daging dan boleh memudaratkan kesihatan sekiranya diambil dalam kuantiti berlebihan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *